| Harry Styles a.k.a Syed Afiq Irfan |
Pakkkkkkkkkkkk !! !
“Ehh mak kau meletopp baru keluar hospital!” latah Amira terkejut dari lamunannya. Siapa sangka gadis semanis marshmellow ini rupanya kuat melatah mengalahkan mak cik – mak cik.
“Haha.. Kau ni lawak lah Mira. Muka aje cantik macam Emma Maembong tapi latah kuat macam Mak Joyah!” , ketawa Diana terkekek-kekek berdiri sambil menepuk-nepuk bahu Amira yang masih merajuk di kerusi.
Amira memandang Diana dengan pandangan yang menjengkelkan. ‘ Kalau ikutkan hati, jadi jenazah budak depan ni kang oleh sepakan kuda aku. Haisshh’ , desis hati kecil Amira. Dah tau orang merajuk bukan nak pujuk si Diana ni. Makin digelak adalah.
Tanpa meminta izin Amira, Diana lantas duduk disebelah tempat duduk Diana. Senyum ejekkannya itu masih lagi melekat. “Mira, kau ada dengar cerita gempak kat sekolah ni tak?”, tanya Diana kepada Amira yang masih merajuk . Amira ni kalau merajuk memang kuat tetapi senang aje nak pujuk. Bagi je coklat, mesti sembuh penyakit mulut muncung sedepa dia tu.
Diana mengeluarkan coklat Kit Kat daripada poket baju kurungnya itu , lalu dihulurkan kepada Amira. “Mira, janganlah merajuk. Tak baik merajuk tau. Nanti cepat tua then takde siapa nak kahwin dengan kau. Macam mak cik kantin kita tu.”, pujuk Diana lagi sambil membuat muka simpati ala-ala Pussy in the boots.
Tidak lama kemudian, coklat yang berada di atas meja tersebut diambil dan bibirnya mengukir senyuman yang manis bak madu. “Tak baik kepala otak hang lah. Yang kau jerkah aku macam tak ingat dunia tu bagus sangatlah kan?” sindir Amira sambil matanya menjeling tajam kearah Diana yang senyum senget dihadannya itu.
“Apa cerita gempak yang kau nak sampaikan ni?” tanya Amira sambil memasukkan coklat kedalam mulutnya. Diana ni memang wartawan tak bergaji. Semua maklumat tentang pelajar sekolah ni dia tahu. Sampaikan nama boyfriend cik kantin pun dia tau. Kalau ada kerja kosong kat Melodi, memang dia layak sangatlah.
“Kau tau tak harini ada budak baru tingkatan 5 masuk kat sekolah kita ni tau? Ketampanan dia tu mengalahkan muka Liam Payne lah. Memang macho habislah senior kita tu. Dia tu anak orang kaya. Anak Dato weyy! Ayah dia tu memang usahawan terkenal!” jelas Diana panjang lebar. Bukankah Diana tu memang internet begerak? Sampaikan bapa si senior tu pun dia tahu.
“Macam mana kau tau semua ni? Bukankah budak tu baru masuk? Cepat jugak internet kau ni kan? Tak sampai beberapa jam kau dah dapat informasi budak tu.”. Budak? Bukankah aku lebih ‘budak’ daripada dia? Lantaklah.
Diana menarik nafas panjang sebelum menjawab soalan Amira tadi. “Kau macam baru kenal aku je. Dari mana aku tau tu tak penting tapi yang pentingnya senior kita tu memang 2K lah!”.
“2K? Apa 2K tu? 2 Ribu ehh?” Amira mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. Diana pula menepuk dahinya sendiri. Apalah minah latah ni. Nak kata lembap tapi selalu jadi budak terbaik dalam kelas. Haishh….
“2K tu maksudnya Kaya dan Kacak. Kau tak pernah dengar eh?”
“Aku takde masa nak tau tu semua.”
Selepas beberapa saat terdiam tanpa kata, tiba-tiba Amira dikejutkan dengan suara nyaring Diana sekali lagi. “Amira ! ! Cuba kau tengok kat bawah tu! Senior ganteng gitu lorhh” jerit Diana menggunakan bahasa Pak Karno sambil menuding jarinya ke luar tingkap kelas.
Amira lalu menjenguk keluar tingkap dengan malas. Kenapa ramai sangat budak perempuan menjerit kat bawah tu? Nak kata histeria tak jugak sebab Ustaz Don takde lagipun yang ada cumalah lelaki yang berpakaian seragam sekolah yang mengenakan cermin mata hitam.
“Aku rasa mat senior tu memang kacaklah kan? Tambah-tambah lagi time dia pakai spec hitam kan Mira?”. Diana tersenyum memandang ke arah lelaki tersebut seakan-akan lelaki itu membalas senyumannya. Diana mulai berangan-angan dan Amira pula menjeling tajam ke arah Diana.
“Dia pakai spec hitam sebab nak tutup mata dia yang juling ke atas tu. Dah lah tinggi macam menara KLCC. And then , kulit dia macam anak ponti je aku tengok.” bebel Amira panjang lebar tetapi tidak dihiraukan Diana. Kontan, Amira mengambil buku dan alat tulisnya di meja lalu pergi meninggalkan Diana yang terpinga-pinga. Diana kehairanan. Dia menjeling ke arah jam tangan Guess miliknya.
“Amira ! Tunggu aku weyyy! ! !”, jerit Diana sambil mengambil buku serta alat tulisnya. Rupa-rupanya, selepas rehat mereka perlu pergi ke perpustakaan untuk kelas Puan Rohani.
Tergopoh-gopoh Diana berlari. Tudung pun dah senget - menyenget. Amira ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya. Ngilu.
Teppprakkkkkkkkk ! ! !
“Ehh Mak cik kau terkentutt!”, Amira menekup mulutnya. Apa yang aku cakap ni? Kontan, dia menundukkan wajahnya. Malu ! Bukankah lebih baik kalau aku pakai purdah sahaja ! Arr !
“Heyy .. Mata kau letak mana haa?!” tengking lelaki itu kasar sambil mengesat darah yang keluar daripada hidung mancungnya. ‘Darah? Ya Allah, aku terlanggar hidung mamat ni lah!’, jerit hati kecil Amira.
“Ma..Maafkan sa..sa..saya… Saya… t..takk se..se..sengaja. Nnnahh..” kata Amira tergagap-gagap sambil menghulurkan sapu tangan Hello Kitty miliknya itu kepada lelaki tersebut. Dengan kasar, lelaki itu ,menerima huluran tersebut.
“Lain kali, jangan letak mata kau kat belakang kepala ! Kalau kau tak nak pakai mata tu, baik kau derma je kat hospital !”
“Heyy. . Saya dah minta maafkan? Jadi, tak payahlah nak tengking-tengking saya lagi! Salah awak jugak sebab tak tengok orang yang kat depan kan?!” jawab Amira kasar mempertahankan dirinya. Memang pantang kalau ada yang berani tinggikan suara kat dia. Renungan tajam lelaki itu dibalasnya dengan renungan helang yang juga sama-sama tajam.
‘Makk aii ! Garang jugak minah ni. Sekali aku bagi pistol, dia bagi aku senapang pulak. She’s so special. She’s different with the other girls.” bisik hati Irfan sambil tersenyum sinis kearah Amira.
Irfan mendekati Amira. “Kau hutang dengan aku. Suatu hari nanti, aku akan tagih hutang tu daripada kau! Haha”, bisik Irfan kepada Amira sambil ketawa mengejek. Jarak mereka yang terlalu dekat menyebabkan jantung Amira tiba-tiba berdegup kencang. Minyak wangi yang digunakan juga bagaikan menusuk kedalam rongga hidung.
Amira menolak kasar tubuh sasa jejaka tersebut. Sebelum jejaka tersebut meninggalkan Amira, dia sempat menghadiahkan panahan tajam yang telah menusuk tepat pada hati Amira menyebabkan hatinya tidak keruan.
“Amira, kau tak pergi lagi ke?” sapa Diana apabila melihat Amira berdiri ditengah laluan.
Dengan suara yang berpura-pura ceria, Diana berkata , “Aku tunggu kau tadi. Jom pergi! Nanti Puan Rohana jadi Hulk kedua pulak. Haha”. Lengan Diana ditarik lembut dan mereka pun beredar.
******** ** *********** ** *** *****
5 tahun kemudian
“Mama, Mira tak nak kahwin lah! Mira masih muda lagi.” protes Amira.
“Bertuah punya budak. Harini nak nikah, baru awak nak bagi tau hari ni tak nak kahwin ? Jangan mengada. Cepat bersiap. Pengantin lelaki dah tunggu kat luar tu,” bebel Puan Julia lalu beredar keluar dari bilik Amira.
‘Aku perlu lari. Aku tak nak kahwin dengan lelaki yang aku tak kenal dan tak cintai’.
Selepas seorang demi seorang manusia keluar dari biliknya, dia pun mengambil keputusan untuk lari. Barang penting keperluannya dikemas dan dimasukkan kedalam beg galas miliknya. Usai mengemas, dia pun keluar daripada tingkap.
Gedebushhhhhhhhhhh!!!!
“Ehh Mak kau Aishiteru!”
Amira terjatuh akibat tersalah melakukan lompatan keluar. Tiba-tiba, seorang jejaka segak berbaju putih menghampirinya. Dipandangnya lelaki itu daripada hujung kaki hingga ke hujung kepala. Alangkah terkejutnya dia melihat lelaki yang amat dikenalinya berdiri sambil tersenyum ke arahnya.
“Irfan?” , jerit Amira kecil. Tidak sangka bahawa sekian lama menunggu, akhirnya dia dapat juga berjumpa dengan jejaka Aishiteru itu. Ya Allah. Kacaknya dia. Sungguh hebat ciptaan Allah SWT. Mulutnya terlopong sehingga membentuk huruf “O”. Matanya juga tidak berkelip daripada memandang makhluk ciptaan tuhan itu.
“Tutup mulut awak tu. Ada langau masuk nanti.” Kata Irfan tergelak kecil. Irfan lantas membantu Amira yang masih lagi terduduk.
“Irfan, kenapa awak datang ke sini?,” soal Amira sayu sambil memandang anak mata Irfan sebelum sempat Irfan membantunya.
“Saya nak tengok awak kahwin. Takkan lah saya nak melawat orang meninggal pulak kan? Haha” , gurau Irfan sambil menghadiahkan senyuman manis bak coklat Cadbury itu.
Amira menundukkan wajahnya. Matanya mula mengeluarkan air. Wajahnya pula seakan-akan merah seperti buah delima . Tanpa disangka-sangka ………………..
Pakkkkkkkkkkkkk!!!
Satu tamparan hinggap pada pipi putih Irfan. Tahap kesabarannya runtuh! Tiada masa untuk bergurau senda.
“Kenapa awak tampar saya? Apa salah saya kat awak?” tanya Irfan kehairanan.
“Sebab awak saya merana! Saya bodoh sebab terlalu cintakan awak sehinggakan hampir menconteng arang kepada keluarga saya sendiri.”. Amira menangis dengan sepuas-puasnya. Solekan yang dikenakan oleh Mak Andam dibiarkan luntur asalkan hatunya puas meluahkan segala yang terpendam.
“Saya sebenarnya ……………” belum sempat Irfan menjawab, kedengaran suara seorang perempuan membebel.
“Ya Allah. Apa korang berdua buat kat sini? Korang tak nak kahwin ke? Syed, Tok Kadi tengah tunggu kat Syed . Yang Amira ni pula satu hal. Kenapa Mira duduk kat luar tingkap? Nak lari ke apa?” bebel Puan Julia sambil bercekak pinggang.
“Syed?!” soal Amira terkejut.
Puan Julia mengelengkan kepalanya . “Amira, ni lah Syed Afiq Irfan. Bakal suami Mira”, jelas Puan Julia satu persatu sambil memegang bahu Irfan yang masih lagi tersengih sejak tadi.
“Nama saya Syed Afiq Irfan. Selamat berkenalan wahai bakal isteriku,”. Irfan ketawa kecil. Terbongkar rahsianya. Dia menghampiri gadis tersebut dan memberikan sehelai sapu tangan Hello Kitty yang pernah dipinjamkan oleh Amira kepadanya dulu. Irfan membisikkan sesuatu kepada Amira , “Saya nak tagih hutang saya kat awak. Terima kasih sebab membayarnya. Anyway, sapu tangan awak comel sangat macam tuannya. Hihi”.
Amira tersenyum malu lantas memberikan hadiah cubitan ketam kepada Irfan. Irfan mengaduh kesakitan. Sebelum beredar, Irfan sempat lagi tersenyum nakal serta mengenyitkan mata kearah Amira. Amira pula sempat menjelirkan lidahnya kepada Irfan.
Dengan sekali lafaz, akhirnya Amira berjaya membayar hutangnya kepada Irfan. Alhamdulillah. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat. Aishiteru Seniorku !
Hai.. cakkk!! done singgah n follow sini no. 6
ReplyDeletesudi2 kiranya follow me back yea.. =) tQ..
senyum selalu.. salam kenal.. heee..
http://tengkubutang.blogspot.com/
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/