Ini merupakan cerpen ketiga yang saya tulis . Maaf kalau ada ayat yang tersalah taip or ayat terlalu kebudak-budakkan.
“Ira ! Ada
surat untuk kau!” Suara
gadis yang nyaring
itu kedengaran di
telingaku. Dia berlari anak
mendekatiku yang sedang
tekun membaca novel.
Tekun lah sangat.
“Surat apa
lagi ni? Surat
saman?” soal aku sebaik
saja gadis itu
menayangkan sehelai surat dihadapan
wajahku. Aku memandang
kearah gadis tinggi
lampai yang berdiri
dihadapanku. Surat yang
dihulurnya aku sambut
dengan kasar.
“Eleh kau ni .
Sah-sah ada simbol
‘love’ kat surat
tu, takkan kau
buta kot. Surat C.I.N.T.A
lahhh..” perkataan CINTA dieja
satu persatu. Siapalah
yang bagi surat
cinta kat aku
ni? Aku fikirkan
manusia je yang
pakai minyak wangi
tapi rupa-rupanya surat
yang tak bernafas
ni pun pakai
minyak wangi.
Surat itu
ku belek-belek. Mencari
nama pengirimnya. Cermin mata
yang tersorot ke
hidung dibetulkan. Kening
sebelah pula ku
jongket. Seperti C.S.I
lah pulak. Hahaha…
“Ikhlas daripada
Abang Fattah untuk
adik comel, Syahira ,”
bacaku perlahan sambil
membuat aksi ingin
termuntah . Wekk.. Abang? Kenal
pun tak. Ada
hati nak berpangkat
abang dengan aku.
Aku mencebik bibir.
Anisa yang
tadinya hanya berdiri
tercegat segera duduk
di kerusi sebelahku
yang kosong. Minah
ni kalau bab-bab
cinta-cintun memang nombor
satu.
“Kau buat
apa lagi tu?
Bukalah,” desak Anisa sebaik
saja melihat aku
masih lagi merenung
surat itu. Aku
sempat memberikan jelingan
maut kepadanya yang
tersengih bagai kerang
busuk memandangku.
Dengan hati
yang terpaksa, aku
membuka surat tersebut. Eleh.. Terpaksa konon. Anisa
pula teruja sakan seperti dia
pulak yang terima.
Pelik.
Ayat yang
tertulis dibaca kami
bait-bait. Anisa tersenyum
mengejek memandangku dan
aku pula meluat
melihatnya. Sempat lagi
mata ku julingkan
ke atas.
Sesiapa yang
membaca puisi yang
ditulisnya ini pasti boleh cair.
Tapi sayangnya, hati
aku bukanlah seperti
ais yang mampu
cair apabila dipanaskan. Silap-silap, boleh
masuk pertandingan puisi
antarabangsa. Memang sah
mamat poyo ni
cuma copy&paste daripada internet.
“Dari mana kau dapat
surat ni? Kau
kenal ke si
Fattah tu?” soalku dengan penuh kemusykilan.
“Aku terserempak
dengan Abang Farhan
kat kantin tadi
dan dia suruh
aku bagi surat
ni kat kau. Anyway, aku rasa
aku kenal lah
Abang Fattah ni.
Dia ketua pengawas
sekolah kita. Ex-boyfriend
si Marsha gedik
dan rasa panas
tu.” Jawab Anissa
sambil memuncungkan bibirnya
kearah Marsha yang
sedang rancak bercakap
dengan Syafa dan
Nila. Entah apa yang
dibualkan oleh gadis
tiga serangkai itu.
Ketawa terkekek-kekek macam
tak ingat dunia.
Memang
tidak dinafikan bahawa
Marsha adalah antara
pelajar yang terkenal
di Sekolah Menengah
Merpati Putih ni. Sebut
sahaja nama Marsha
Mail , pasti mereka
akan mengenali gadis
ini. Tapi, kalau
dibandingkan antara aku
dengan Marsha anak
si Pak Mail
tu , aku 200%
lebih lawa daripada
dia. Kalau aku
tanggalkan cermin mata
pasti ada yang
menyangka bahawa aku
adalah adik kembar
Ji-Hyo Running Man
tu. Angkat bakul
Nampak. Hahaha
“Hoy! Apa
yang kau berangan
tu?” jerkah Anisa
yang menghentikan lamunanku
tadi. Kacau daun
betul. Nasib baik
aku tak ada
penyakit jantung. Kalau
tak, memang dah goal aku kat
sekolah ni. Haishh..
“Yang kau
nak jerkah aku
ni dah kenapa?
Nak menempah tiket
ke alam barzakh
ke?” soalku tidak
puas hati. Mataku
dibesarkan sebesar yang
mungkin. Buat muka
garang konon. Hihihi
Anisa membetulkan
posisi badannya dan
bercekak pinggang . “Aku
masih muda lagi
tau ! Kau tu berangan
sampai tak kedip
mata lagi tu.
Kau berangan tentang
Abang Fattah tu
ke?” , usiknya.
“Buang masa
aje aku nak
berangan tentang budak
Pattah tu. Ohh please!” Tak kuasa
aku nak melayan
Anisa ni.
“Pattah ? Kata….”
Belum sempat Anisa
menghabiskan ayat tiba-tiba
Puan Sarimah melangkahkan
kakinya masuk kedalam
kelas. Tangan kanannya sarat
membawa buku dan
sebelah tangannya pula
sedang membawa rotan. Gulp..
Air liur yang
ditelan terasa pahit
walaupun baru sahaja
habis menjamah coklat
Kit Kat.
Wajah Puan
Sarimah masam mencuka.
Aku dan Anisa
saling berpandangan. Kecut
rasanya perut kami
sekarang. Begitu juga
rakan-rakan sekelas yang
lain.
Rotan dihayunkan
diatas meja. Pakkk ! !
Bunyi rotan . Beliau
memandang kami satu
persatu.. Pandangannya memang
membunuh bagai harimau
nak baham manusia. Yang
pastinya, semua pelajar
4 Anggerik sekarang
sedang berdoa didalam
hati. Entah-entah apa
yang didoakan adalah
sama.
********
************ ****************
*************** ********
“ Assalamualaikum Ira. “ sapa
suara yang tidak
dikenali. Suaranya garau
dan seksi macam Nazim
Othman. Takkanlah Nazim Othman
nak mencemar duli
memanggil aku si
budak sekolah yang
cantik ni? Hihihi…
Aku dan
Anisa yang tadinya
sedang rancak berbual
lantas memusingkan badan
ke belakang. Alangkah
terkejutnya aku melihat
seorang jejaka yang sungguh kacak.
Bibirnya berwarna merah
menandakan bahawa dia
tidak merokok. Kulitnya
putih macam Edward
Cullen dan matanya
pulakk….
“Ira , are
you okay?” tanya lelaki
itu sambil mengibaskan
tangannya dihadapanku. Anisa
menyiku lenganku yang
membuatkan aku terbangun
daripada mimpi siang
hari
.
“Ira, mamat tu
cakap dengan kau,”
bisik Anisa perlahan
ditelinga kiriku.
“Errr! Saya
okay. Alhamdulillah. Kenapa awak
cari saya?” kataku tergagap-gagap. Wajahku dihala
ke lantai. Takut
untuk memandang matanya
yang bersinar-sinar macam shine bright
like a diamond.
“Nama
saya Fattah. Saya
nak jumpa awak
seorang esok. Boleh
tak?” tanya jejaka itu
tersenyum manis memandang
aku. Anisa menyiku
lenganku buat kali
kedua. Tanpa aku
menjawab, Anisa terlebih
dahulu menjawab soalan
jejaka itu.
“Ya! Kat mana?” Tanya
Anisa teruja. Aku
menjeling tajam kearah
Anisa. Aku mencubit lengannya
menggunakan senjata ketam
lautku.
“Tak. Saya
tak setuju.” Sampukku pantas
sebelum perkara ini
menjadi lebih besar.
Ikut suka hati
mak bapak dia
je setuju. Nanti
kau Anisa.
“Hah !
Kenapa pulak?” Serentak mereka
bertanya kepadaku.
“Sebab saya
tak suka berdua-duaan
dengan lelaki.” Jawabku
selamba. Gila! Takkan
aku nak jumpa
dia seorang. Budak
Fattah ni dah
lah kacak plus comel. Nanti ada pulak
orang ketiga yang
berbisik.
“Kalau macam
tu, awak boleh
ajak ……” Dia
lantas memandang ke
arah tudung Anisa. “kawan
awak Anisa. Saya
tak kisah.” Sambungnya
selepas membaca tag
nama Anisa. Kontan,
Anisa mengangguk tanda
setuju.
Apa aku
nak jawab ni?
Arr.. Hati aku sedang
meronta. Tetapi bibir tetap
mengukir senyuman yang
penuh keterpaksaan. Alasan yang
diberi mestilah kukuh
dan teguh. Macam
soalan SPM pulakk..
Tergagap-gagap
aku menjawab, “Maaf,
saya tetap tak
setuju. Saya tak
nak nanti pelajar
atau cikgu salah
faham. Terima kasih.
Waalaikumsalam. Assalamualaikum Fattah.”.
Dengan penuh sopan
aku terus pergi
meninggalkan Anisa yang
terpinga-pinga. Anisa berlari
anak mendekatiku sambil
melaung namaku supaya
menunggunya. Aku tidak
mempedulikan laungan tersebut
dan melajukan langkahku.
Fattah pula
beberapa kali meraup
wajahnya. Kelihatan raut
wajah yang kecewa
dan hampa. Maafkan
aku Fattah.
********** ******
******** *** ********************** *******
.
No comments:
Post a Comment