“Ira, ada bunga untuk kau . Daripada Senior Fattah.” Sambil tersenyum Kamil menyerahkan bunga orkid itu kepadaku.
“Terima kasih Mil.” Ucapku. Kad kecil yang melekat pada plastic bunga itu ku baca. Ternyata tekaan ku betul. Daripada si jejaka ganteng , Abang Fattah. Tanpa disedari, hatiku turut ditumbuhi bunga di taman. Aku tersenyum sendiri. Macam orang sewel pulak.
“Ehem..Ehem..Anak Mak Cik Jemah ni kenapa tersengih seorang diri? Nak saya panggilkan Doktor Fattah ke dik oi?”
Senyuman yang mekar tadi tiba-tiba terpadam. Kacau daun betullah. Anisa ni kalau sehari tak usik aku, memang bukan dialah. Hasihh..
“Siapa bagi kau bunga ni?” Dia merampas bunga itu daripada peganganku. Selepas dia mencium haruman, dia lantas membaca nama pengirim bunga itu. Dia memandang aku dengan senyuman nakal. Nak usik aku lagilah ni.
“Kenapa kau pandang aku macam tu? Lesbien ke?” Soalku apabila dia memandangku tersenyum dan mengenyitkan matanya.
Sebaik mendengar soalanku, dia terus tergelak kecil. “Aku masih luruslah. Ehem..Ehem.. Patutlah tadi kau tersenyum macam beruk je ku tengok. Rupa-rupanya, dapat bunga daripada cik Abang Patah.” Dia memukul lembut bahuku.
Mukaku yang putih gebu bertukar menjadi merah. Malunya. Anisa masih lagi menertawakan aku sampai menekan-nekan perutnya. Geram sungguh. Akhirnya, hinggap juga tanganku di pinggan ramping milik Anisa ni. Anisa terkejut. Giliran aku pula ketawa. Akhirnya, kami berdua bersama-sama ketawa walaupun tak kelakar. Gila bukan?
Sedang asyik kami ketawa, tiba-tiba Marsha dengan mukanya yang monyok mendekati kami bersama dua orang lagi pengikut setianya.
“Hoi perempuan! Kenapa kau rampas Fattah dari aku?” Pekiknya sebaik saja berada di depan mejaku. Suaranya memang nyaring mengalahkan bunyi speaker !
“Kau kenapa nak tuduh aku ni? Aku pun tak ingin lah dengan si Patah tu!” Balasku dengan nada suara yang tinggi. Memang panas sungguh hati aku kat budak ni. Dah lah tak bagi salam. Main serbu macam askar zionis je.
Dia memeluk tubuhnya sambil tersenyum sinis. Minah kerek ni memang nak kena.
“Tuduh? Macamlah aku tak tahu yang kau tu suka kat dia. Harapkan muka je alim macam ustazah tapi hati busuk macam tahi unta!” Pedas sungguh katat-kata Marsha tu. ‘
Sempat lagi dia jelling aku. Kawan-kawannya pulak buat-buat ketawa ala Pontianak. Gedik! Patutlah Patah tak sudi dengan perempuan macam korang bertiga!’ Getusku didalam hati.
“Macam longkang mulut kau ni kan? Kau tau tak si Patah tu suka kat aku dan bukannya aku yang suka kat dia. Hello! Satu perkara lagi aku nak habaq kat chek, kalau si Patah tu rejected kau , kenapa kau terhegeh-hegeh lagi kat dia? Murah sangat!” Giliran aku pula menggunakan senapang made in Malaysia. Padan muka !
“Kau jangan nak buat aku sakit hati lah Ira !” Dia menunjal dahiku. Main kasar nampak.
“Kau main tunjal dahi ni kenapa?!” Marahku. Penonton yang menyaksikan adengan kasar ini pula semakin bertambah.
“Marsha gedik! Kau tak sedar ke sebab perangai kau yang gedik inilah membuatkan dia putus dengan kau?! Tak tahan dengan perangai kau yang suka buat manja-manja dan mulut kau yang lonkang tu! ” Nabila selaku peguam membantuku untuk menembak Marsha. Lalu, Nabila menarik lenganku dan membawaku pergi. Tidak mahu masalah menjadi besar.
Pontianak-pontianak pula tidak puas hati nampaknya kerana aku meninggalkan mereka begitu saja selepas melemparkan kata-kata sadis. Kelihatan juga pelajar yang ketawa dan memberi thumbs-up kepada kami berdua. Hehehe.
Prupppppppp! ! !
“Bunyi apa tu?” Terkejut. Anisa memandangku. Sememangnya haruman itu mampu membunuh serangga berdekatan yang terhidu.
“Aku terkentut. Maaf yee..” Aku menunduk malu. Pipi aku yang putih gebu serta merta bertukar pink seperti mengenakan blusher lah pulak. Malunya. Ini semua sebab Marsha ! Kerana berperang besar dengan dia. Nasib baik takde orang yang nampak kecuali Nabila.
Anisa pulak sedang menekup mulutnya menahan ketawa. Air matanya turut kelihatan. Lawak sangatkah kalau aku TERbuang angin? Bukankah itu memang kejadian semulajadi manusia?
“Tak payah nak cover sangatlah. Ketawa lah. Aku tak marah! ” Aku meninggalkan Anisa dibelakang. Dia ketawa dengan sepuas hati. Kuaja punya budak! Nanti kau. Hurhh.. Aku mendengus geram. Perutku diurut lembut. Wahai perut, kenapa kau nak buat konsert One Direction pulak ni? Lepas ni aku bagi kau makan.. Sabar…
“Eh, Puan Rohani nak jumpa kita tadi. Lupa pulak aku nak bagi tau kau kat kelas tadi.” Kata Nabila sambil menepuk dahinya.
“Takpe lah. Jom kita pergi bilik guru sekarang. Alang-alang kita lalu kat sini.” Kami berdua berjalan beriringan pergi ke bilik guru.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik guru, jantungku yang elok sahaja tadi tiba-tiba berdegup laju seperti Formula-1. Kenapa jantung aku buat hal pulak ni? Mataku memandang sekeliling. Alamak! Pattah! Takkan sebab mamat Pattah ni? !
Kami mendekati Puan Rohani yang sedang berbual bersama Pattah and the friends. Dengan hormat, kami menyapa Puan Rohani. Tangan beliau kami salam dan kucup. Contoh isteri mithali bukan?
“Puan, kenapa Puan nak jumpa saya dan Anisa?” tanyaku sopan. Senyuman percuma juga diberikan kepada wanita itu. Senyum tak perlu kata apa-apa.. Senyum tak perlu kata apa-apa. ..
“Saya nak awak dan Anisa buat persembahan untuk hari perpisahan nanti.” Kata-katanya membuatkan aku dan Anisa tersedak serta-merta. Uhukkk..
“Kami?!” Serentak aku dan Anisa menjerit kecil sambil menyepetkan mata. Alahai. ..
“Ya.. Saya nak kamu berdua buat persembahan bersama abang senior kamu ni. Ada masalah tak?” tanyanya tegas. Cuak pula rasanya kalau aku tolak. Apa alasan aku nak bagi ni?
Sempat lagi aku memandang Fattah. Ternyata, dia juga sedang memandangku. Mata kami bersabung. Jantung pulak tiba-tiba jadi tak tentu hala. Aku mengalih pandanganku kepada Puan Rohani pula.
“Puan, sejujurnya saya tak pandai sangat nak berlakon ni. Moyang, atok, dan ayah saya bukanlah daripada keturunan yang berbakat dalam seni lakonan. Kalau jadi pokok tu bolehlah.” Aku menunduk dengan rasa rendah diri selepas menyatakan luahan hatiku. Anisa turut mengangguk. Harap-harap alasan yang aku berikan ini dapat membantu kami.
“Kamu berdua tak perlu risau. Saya Cuma nak suruh kamu berdua nyanyi atau main alat muzik kat atas pentas tu. Bukannya nak suruh kamu berdua berlakon. Lagipun, kat sekolah kita ni takde pengarah filem sayang oii” Jelas wanita itu panjang lebar sambil mengusap bahu kami.
Tergelak kecil nampaknya mamat-mamat tak laku dibelakang Puan Rohani. Lawaklah sangat. Kalau boleh, aku nak pakai topeng Ultraman untuk cover muka. Anisa pulak pakai topeng Barbie. Amacam? Comel tak?
“Kalau macam tu kami setujulah Puan,” sampuk Anisa pula. Mulutku membentuk huruf ‘O’ mendengar jawapan naïf Anisa itu. Aku baru saja nak cari jalan keluar tapi dia pulak yang memandai pergi masuk jalan masalah.
“Alhamduillah,” serentak Fattah dan rakan-rakannya bersuara. Begitu juga Puan Rohani yang turut gembira. Tetapi aku? Rasa nak lari satu padang .
“Bila kita nak buat latihan Puan?” tanya seorang jejaka yang berada disebelah Fattah. Mungkin ketua kumpulan kot.
“Latihan semuanya saya serahkan kepada Fattah selaku ketua kumpulan kamu. Sebagai abang senior, kamu jangan pulak nak usik atau buli anak dara dua orang ni. Kalau nak couple pun, jangan sampai ada yang touching-touching.” Sukar untuk aku percaya. Biar betik Puan Rohani ni? Nasihat bukan main. Seluruh anggota kumpulan Fattah mengangguk tersenyum.
“Sekarang ni kita undi. Siapa yang akan menyanyi duet dan siapa yang akan main alat muzik. Setuju?” Suara garau milik ketua kumpulan berkumandang di dalam bilik muzik. Seraya, kami sebagai pengikutnya hanya mengangguk setuju.
Kotak kecil yang mengandungi kertas undi dibaca dan diumumkan sebaik selesai membuat undian.
“Kenapa saya pulak yang perlu berduet dengan awak?” Soalku tidak puas hati sambil mengangkat tangan sebelah kanan. Aku tak nak menyanyi. Aku nak jadi gitaris , baru nampak gempak.
“Sebab undian dah tertulis macam tu cik adik manis,” . Matanya dikenyitkan ketika menjawab soalanku. Alangkah terkejutnya aku. Lantas, aku membatalkan hasrat untuk mebantah. Pasrah je lah.
“Sekarang ni, siapa ada cadangan untuk lagu?” Tanya Fattah sambil menghayunkan pen yang berada di tangannya.
“Aku rasa, lebih baik kalau kita nyanyi lagu This is Me by Demi Lovato and Joe Jonas. Agree?” Fattah mengurut perlahan dagunya selepas mendengar cadangan daripada Farish.
Selepas berfikir sejenak, dia kembali bersuara. “Aku setuju. Tapi korang macam mana? Ada pendapat lain tak? Atau korang setuju?”.
Kelima-lima kami mengangguk setuju termasuk aku. Aku memang hafal sangat lagu tu. Senang macam kacang kuda rasanya. Feveret katakan. Aku ketawa kecil. Semua mata tertancap kepadaku.
“Kenapa korang pandang saya macam nak makan je ni? Saya ada buat salah apa-apa ke?” Tiba-tiba aje pandang aku. Naik biru muka.
“Yang kau ketawa sorang-sorang tu dah kenapa?” Tanya Yahya. Yang lain turut mengangguk termasuk rakan karib aku Anisa.
“err.. Saja-saja..heee.” Aku memberikan alasan skema.
“Jangan-jangan kau happy beruk sebab kau nak berduet dengan Fattah kan? Sebab tu kau senyum macam mak cik Tanjung Rambutan kan? Aku taulah yang korang berdua tu loving couple.” Pedas sungguh cili yang Farish tujukan kepada aku tadi. Bila masa pulak aku couple dengan si Pattah tu? Oh Pleasee..
“Ohh Pleaseee.. wekk” Mata ku julingkan keatas. Satu bilik dah kecoh sebab si Farish tu. Kesian aku sebab jadi bahan lawak.
********************* ***** ********* ********* *********
This real This Is Me .. Now I found who I am …
Your the voice I heard inside my head the reason that Im singing…
I need to found you.. I gotta found you…
Your the missing piece I need..
Bla………… Bla…………….Bla…………….
Sebaik sahaja persembahan kami tamat, tepukan gemuruh diberikan kepada kami. Alhamdulillah. Tak sia-sia kami bersengkang mata membuat latihan untuk hari ini.
Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati je tadi. Pandangan serta senyuman jejaka tampan Fattah yang diberikan kepadaku membuat aku tidak keruan. Perkara yang paling mengejutkan aku apabila dia memberikan aku sekuntum bunga orkid kepadaku ketika kami membuat persembahan tadi.
Sewaktu membuat latihan, lakonan member bunga takde pun. Terkejut ba diatas ba , ba dibawah bi aku apabila melihat perlakuan spontannya. Senior perempuan kebanyakkannya memberikan jelingan alam barzakh kepadaku. Gerun…
“Nisa, boleh tak tolong ambil gambar saya dan Ira?” Pinta Fattah. Aku terkejut plus happy mendengar permintaan itu. Berbunga hatiku pada saat ini.
“Sure. Why not? Let’s go!” kata Nisa sambil menyambut kamera yang dihulurkan Fattah.
Pelbagai gaya yang dibuat. Mengalahkan model sahaja. Anisa pulak memang gembira walaupun terpaksa menjadi fotografi tak bergaji malam ini. Entah kenapa hati aku berbisik supaya menerima pelawaan Fattah pada malam ini.
“Ira, saya ada sesuatu nak bagi kat awak.” Kotak yang berwarna merah jambu itu diberikan kepadaku. Aku memandangnya. Subhannallah ! Makhluk yang berada dihadapanku ini sungguh kacak! Mukanya memang mirip sekali dengan Nazim Othman cuma kulitnya lebih putih berbanding artis meletop itu.
“Apa ni? Harini bukan hari saya dilahirkan pun.” Soalku dengan muka yang blurr.
“Takkan nak tunggu hari lahir awak tahun depan. Takut nanti saya tak sempat pula nak bagi. Simpan hadiah ni elok-elok tau !” Aku mengangguk perlahan sambil tersenyum.
“Terima kasih awak. Saranghae.” Ucapan terima kasih aku akhiri dengan ucapan I love You. Entah mengapa aku terasa kekuatan Iron Man dan Batman membantuku untuk meluah perasaan ini. Lawak pandai nampak malam-malam ni.
“Yahhooo ! ! Saranghae Syahira!” Jeritnya kuat sambil melompat. Semua mata memandang kami. Malu teramat! Wajah masih ku tunduk kebawah lantai. Nasib baik sekarang ni aku masih pakai mask . Kalau tak, esok mesti aku pakai topeng pakar bedah.
Aku senyum tersipu-sipu malu. Malam ini adalah salah satu malam yang terHEAVEN bagiku. Dengan rasminya, aku dan Fattah akan menjadi pasangan loving couple. Awww ..Sweett bukan? Marsha si Pontianak mesti meroyan kalau dengar cerita sensasi ni kan? Hahaha!
************** ************ ******* ******
“Kenapa kau tinggalkan aku selepas kau luah segala perasaan kau kat aku?” Aku menangis teresak-esak. Perasaan tidak sedap hati rupanya benar. Fattah telah terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan balik daripada Hotel Boulevard malam tadi.
“Sabar Ira. Ajal dan maut di tangan Allah SWT. Kau doakan agar dia tenang di alam sana.” Anisa sedaya upaya memujukku. Air mataku yang mengalir dikesatnya. Bahunya dipinjamkan kepadaku untuk melepaskan segala keluhan.
“Aku sedih sangat Nisa. Aku cintakan dia. Kenapa aku Nisa? Berat sangatkah ujian ni.” Aku melepaskan perkara yang terpendam didalam hati. Tidak menyangka bahawa malam itu merupakan titik perpisahan kami selama-lamanya.
Tiba-tiba, aku teringatkan sesuatu. Hadiah yang diberi kekasih hatiku itu. Segera, aku mendapatkan kotak pemberiannya didalam almari. Aku gagahkan diri untuk membuka kotak itu. Anisa hanya memandang aku dengan aneh.
“Ini pemberian arwah Fattah.” Kataku kepada Anisa. Anisa mengangguk perlahan. Kotak itu kubuka bersama tangisan. Seperti tahu sahaja ajalnya akan menjemput, dia memberiku sebuah Yassin. Bunga Orkid kegemaranku juga diberi. Bukan itu sahaja, sebuah loket serta buku diari juga terdapat.
“ Kekasihku Syahira, saya ingin memohon maaf atas semua kesalahan saya kepada awak . Sebelum meninggalkan dunia yang sementara ini, saya juga nak ucap terima kasih sebab bagi banyak kenangan manis kat saya. Saya tahu awak sukakan bunga orkid sebab tulah setiap hari saya bagi awak bunga orkid yang saya curi kat kebun sekolah…..
Aku tersenyum kecil membaca surat ini. Sempat lagi nak buat lawak walaupun aku tahu lawak itu merupakan lawak yang terakhir baginya untuk menghiburkan hatiku. Aku menyeka air mataku sebelum membacanya lagi.
…. Tolong sampaikan maaf saya kat Pak Lenggi sebab banyak sangat orkid yang saya dah curi.. hihihi. Saya bagi awak diari tu supaya awak boleh catat semua kenangan yang indah mahupun pahit dalam hidup awak mulai hari ini. Loket yang saya bagi tu adalah kunci kepada diari comel awak tu. Terakhir sekali, kalau saya dah takde kat dunia yang sementara ini, tolong bacakan Yassinn dan sedekahkan Al-Fatihah untuk saya. Saya nak awak cemerlang dalam SPM tahun hadapan. Saya nak awak jadi gadis yang berjaya dalam hidup. Saya tak marah kalau awak jatuh cinta kat jejaka lain lagi sebab saya tahu bahawa sekarang ni saya dah tak dapat nak jaga awak. Tapi saya sentiasa berdoa agar awak sentiasa berada dibawah naunganNya. Lupa pulak, pendrive tu adalah lagu yang saya ciptakan khas untuk awak . Persembahan yang kita buat bersama merupakan melodi terakhir dan terindah saya hadiahkan untuk awak.. Jangan nangis tau kalau baca surat ni. Kalau awak rindu saya, awak sedekahkan Al-Fatihah kat saya okay? Awak tak perlu risau. Saya dah maafkan segala kesilapan awak kat saya. Ikhlas , Jejaka Kacak Fattah.”
Air mata yang bercucuran aku seka. Aku tak nak menangis. Anisa yang duduk disebelah aku hanya kaku. Air matanya turut mengalir. Aku bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti Anisa. Aku tak sanggup untuk kehilangannya.